Pembangunan CU (kedai)

Bogwang FamilyMart menukar namanya menjadi BGF Retail pada tahun 2012 untuk melancarkan jenama kedai serbaneka sendiri, CU. Motif langkah ini adalah mendirikan kedai serbaneka gaya Korea untuk para pelanggan. CU bermaksud "CVS for U." Sejak tahun 1990, FamilyMart telah menguasai pasar serbaneka Korea Selatan selama 22 tahun. Bogwang Group dan FamilyMart menandatangani kontrak yang menyatakan bahawa pada tahun 2014, FamilyMart perlu keluar sepenuhnya dari pasaran Korea Selatan dan tidak melancarkan semula francais FamilyMart di Korea Selatan dan Korea Utara sehingga 2016. Namun, setelah keluarnya FamilyMart pada tahun 2014, jenama itu belum dilancarkan semula di semenanjung Korea. Pada bulan April 2019, CU telah memulakan perkhidmatan penghantaran, dan memperbesar perkhidmatan tersebut ke 1000 kedai pada bulan Mei.[2]